Friday 3 June 2011

TEKANAN ??

Tekanan membuatkan seseorang menjadi lebih matang?? 


Hairan juga kenapa semua orang bila sebut tentang universiti mereka akan cakap happy x kat sana?? enjoy tak kat sana and best x kat sana?? 

sebenarnya mereka sendiri dah ada jawapan mereka sendiri la... mestilah TIDAK!!!! Nak happy, enjoy and rasa segala nikmat best tuh kat rumah la...TIDUR (^^) ZZzz.....Zz

berbalik pada tajuk nih, kematangan dan Tekanan... YES, saya lebih matang kat sini. Baru terasa keadaan sebenar kehidupan. Walau sebelum nih saya bukanlah jenis type yang manja, ( oh!! plezzzlah) tapi bila kena survive sendiri ni baru ada feel tanggungjawab dalam diri. Memang the people around you never care in everything that you want to do, now it's depend on you. pilih sendiri jalan hidup yang terbaik untuk kita  dan maruah kita sendiri.

so far...Life In University memang perlukan kesabaran. Bangun awal, kejar bas, kalau sebelum ni takut nak buat sesuatu sendiri and kena ajak orang berteman, sekarang ada orang nak kisah pasal kita?? NO!! mereka ada thousands of problem juga nak diselesaikan.

bajet duit sendiri, ingat after this nak keje dulu sebelum degree.. nak save duit sikit. Well, jangan takut untuk buat silap..  The mistakes are the process of learning...   never afraid to do mistakes.  

Monday 16 May 2011

UPM... Disini bermula sebuah perjalanan baru

Assalamualaikum


* UPM... Asasi Sains Pertanian
meh kita kasi colour hijau2 sikit...hehe kalau dulu aku nih yang menyebabkan alam sekitar tercemar!! well sekarang, alam nih aku yang kena bela~ macam x percaya lop kan....


kenapa mesti pandang rendah pada universiti ni.. Research Universiti ni..mungkin dulu aku kurang informasi juga pasal Universiti ni. Sampai la aku dapat tawaran ke sini dan kaji balik tentang keistimewaan Universiti ni, dan temui jawapan...Here is my soul!! Nyatanya Tuhan memang tahu yang terbaik dengan jiwa Aku~


sekarang ni, aku just nak fokus pada Asper dulu, baru fikir tentang bidang yang aku nak pilih lepas Asasi ni. Yang konfius sekarang, aku nak ke Medik dan jadi doktor perubatan atau nak cuba bidang satu lagi, Bioteknologi~??

kalau doktor??

ni cita-cita yang dulu diidam-idamkan~ nak teruskan atau beralih ker bioteknologi??



ni pula bidang baru yang aku baru kenali minat padaNya..huhu~


so, Jalan yang terbaik, biarlah dulu..nanti baru fikirkan!!...


Terima kasih UPM kerana bagi aku peluang jadi warga Asper dan tunjuk jalan yang Terbaik pada aku...walaupun dengan result aku dulu( aku kira Tak Seberapa), cita-cita aku tak dibiarkan terkubur malah aku sekali lagi diberi peluang untuk membuat pilihan ke bidang perubatan~







Monday 25 April 2011

Manusia boleh berubah

Dalam kehidupan ini, terdapat satu garisan yang akan membahagikan kita kepada dua kumpulan. Dan kumpulan inilah yang kita biasa golongan seseorang itu, antara baik dan jahat. Saya percaya manusia itu boleh berubah. Berubah kearah kebaikan ( alhamdulillah) atau sebaliknya ( nauzubillah). Walau bagaimanapun, orang sekitar ini suka menghakimi orang lain dan kebanyakan mereka lebih suka memandang negatif sesuatu perkara. Namun tidak bagi saya, saya yakin yang MANUSIA BOLEH BERUBAH!!... Teruskan, semoga Allah memandang niat ikhlasmu. Tak payahlah kita mengharapkan pandangan manusia sekitar, ikhlaskanlah kerana Allah.


Saya sedar tentang diri ini yang masih banyak kekurangan. Tapi tatkala mendengar tentang insan yang ingin berubah ke arah kebaikan, hati ini gembira sungguh. Saya tahu mereka perlukan sokongan. Kita manusia ini, memang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Baik sekecil kuman mahupun sebesar gajah, semua masih diberi keampunan oleh Allah. Mungkin manusia sekeliling akan mengata, tapi kita kena ingat memang lumrah alam manusia mengata orang, sebab mereka tak mahu digelar kurang waras kalau mengata binatang. Mulut manusia memang macam tu, cuma kita kena banyak bersabar. Saya yakin, bila mereka letih, semua tu akan hilang begitu saja. Yang lebih penting adalah diri kita sendiri.

Manusia boleh berubah 1: nakal kepada baik
Kita selalu lupa kenyataan ini. Lupa dalam amal dan perbuatan, lupa dalam minda dan akal fikiran, lupa dalam hati dan jiwa. cuba kita bayangkan satu situasi yang berlaku dalam kehidupan sekeliling.
Mungkin satu waktu dahulu kita kenal Si X. Dia ada banyak perkara negatif di dalam dirinya. Kita tidak suka Si X pada suatu masa dahulu. Tetapi lama waktu berlalu, kita berjumpa semula dengan Si X. Si X berbeza daripada dahulu. Dia sudah berubah. Walaupun mungkin bukan 100%, tetapi dia menunjukkan perubahan.
Tetapi kita sukar menerimanya.
“eleh, berlakon je kut”
“Ah, dulu punya luka masih besar lagi!”
“Ini silap haribulan sekejap je ni”
Ayat-ayat begitulah yang keluar dari hati.
Inilah sebenarnya punca permasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Kita tidak menghayati perubahan Si X. Kita tidak merasai betapa sukarnya dia hendak melakukan perubahan. Kita tidak tahu mungkin betapa menyesalnya Si X dengan kehidupannya yang lalu. Kita tidak tahu mungkin betapa dia bermati-matian untuk membawa dirinya ke arah apa yang dia sedang pijak hari ini.
Ini adalah penyakit.
Penyakit kerana kita tidak menyedari, bahawa manusia itu boleh berubah.


Langkah Awal Melakukan Perubahan
Orang Muslim selalu diperingatkan tentang niat sebelum melakukan sesuatu. Innamal a’malu binniyat! Maka, apabila terdetik dihati untuk melakukan sesuatu kebaikan, pastikan kita tanya diri kita sendiri. Kerana apa sebenarnya kita ingin melakukan kebaikan tersebut?
Adakah kerana ingin dikasihi Tuhan? Atau ingin dipuji semata-mata oleh manusia?
Pergaulan seharian juga memberi impak yang besar dalam kehidupan. Dan mencari sahabat yang baik, soleh lagi beriman itu memang suatu kemestian. Carilah sahabat mahupun kawan-kawan yang sekurang-kurangnya dapat memperingati anda dengan pertanyaan sebegini,
“Kamu dah solat?”
Jika ada kawan yang sebegini, maka hargailah ia. Jagalah hubungan dengan ia. Bergaul dengan orang jahat, maka jadi jahatlah kita. Bergaul dengan orang baik, maka jadi baiklah kita.
Anda ingin menjadi seorang yang baik dipandangan ALLAh? Saya mahu. Senyum.
Kita kena yakin, ALLAh dan para Malaikat-Nya sentiasa bersama dengan orang-orang yang bertekad mahu membuat anjakan paradigma dalam kehidupannya. Berubah ke arah kebaikan bererti menuju ALLAh. Menuju ALLAh bererti akan dikasihi oleh-Nya. Dikasihi oleh-Nya bererti beroleh kebahagiaan hidup.]
MashaALLAh! Subhanallah!

Pecahkan Tembok Keegoan Dalam Diri
Melakukan perubahan bererti kita akan belajar benda yang baru. Melalui pengalaman baru yang akan membuatkan kita sedar akan hakikat kehidupan yang sebenar meskipun kadang kala kehidupan ini sukar diungkapkan bagaimana pengakhirannya.
Kadang kala, kita malu untuk bertanya atau memulakan sesuatu tindakan kerana takut dipandang serong oleh orang lain. Takut kehilangan kasih sayang keluarga dan kawan-kawan. Dan kadang kala juga, kita teragak-agak untuk memulakan perubahan kerana memegang keegoan dek kerana malu berdepan dengan orang ramai.
Sahabat, untuk berubah, ada kalanya kita kena tolak jauh-jauh perasaan malu dan ego itu sendiri. Memeliharanya pada tempat yang salah akan memakan diri kita sendiri. Sedangkan, sebenarnya ramai orang yang memberi sokongan dan kita mendapat doa dari orang-orang yang beriman..
“Ya ALLAh, engkau ampunkanlah dan peliharalah seluruh kaum muslimin dan muslimat…”
Kita mesti mengatakan TIDAK kepada keduanya. Dan selalulah meminta perlindungan daripada ALLAh SWT dari syaitan dan nafsu yang membawa kita ke lembah kegelapan.
EGO? Pecahkan ia!
Rahmat ALLAh? Kejarlah! Kerana, ALLAh selalu ada untukmu. Senyum.
Mari berubah ke arah yang lebih baik dan lebih baik serta lebih baik.

Berdoalah supaya kita serta orang lain berubah ke arah kebaikan, dan sentiasa muhasabah
Moga-moga, perubahan-perubahan yang Allah berikan kepada kita dalam kehidupan ini hanyalah kehidupan ke arah kebaikan semata-mata. Moga-moga, Allah mengubah kita dan mengubah manusia di sekeliling kita ke arah kebaikan.
Kita juga kena berusaha agar doa itu menjadi realiti.
Sentiasalah muhasabah dan buatlah banyak checkpoint di dalam kehidupan kita.
Sentiasalah merendah diri, dan merasa kasih sayang kepada orang lain.
Dengan memahami fitrah perubahan inilah, kita akan menghasilkan rasa hendak mengambil berat akan diri dan orang lain. Dengan memahami perkara inilah, kita akan lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga diri. Dengan memahami perkara inilah, kita akan bergantung lebih kepada Allah SWT.
“(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Surah Ali-Imran ayat 8.

Semoga ALLAh merahmati.

sekian, wassalam.

Sunday 24 April 2011

Masih adakah insan sejujurnya??


sebenarnya, cerita ni saya pernah terbaca dalam sebuah buku yang dipinjamkan oleh seorang kawan saya. Sebuah kisah cinta...tapi penuh dengan keikhlasan dan kejujuran. Jom la, kita baca bersama.. terharu jugak bila membacanya..hehe
Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."


Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

----------TAMAT------------
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?

Saturday 23 April 2011

Jangan Bersedih Sahabatku


kepada sahabat yang amat saya kasihi, laju saja tangan ini menaip... sebuah perkongsian yang telah memotivasikan hati ini saya ulang berkali-kali untuk membacanya. Rasanya, sangat janggal jika saya tak turut sama kongsikan dengan sahabat-sahabat saya. Agar bersama hati ini memperoleh ketenangan...

sahabatku, baik yang sedang diuji, yang belum diuji mahupun yang sudah diuji... ingatlah, persinggahan kita di dunia bukanlah untuk menikmati segala kesenangan yang melekakan kita, bukanlah untuk kita menaruh cinta pada keindahan dunia yang sementara, tetapi sedarlah, kita cuma singgah sebentar untuk menimba bekalan... membawa ke kediaman yang hakiki.  Dunia ini sebuah pentas ujian, jadi wajarlah jika kita sering merasakan kesusahan. Janganlah engkau bersedih sahabatku sekalian~
Ingatlah sahabatku :
01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.
02.Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.
03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.
04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.
05.Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.
06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.
07.Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.
08.Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.
09.Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.
Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi